Assalammualaikum.
Rata-rata golongan pekerja
daripada kita mempunyai tekanan di tempat kerja. Suasana tempat kerja yang
selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja.
Suasana tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental.
Tekanan kerja yang sedikit adalah perlu untuk meningkatkan daya
produktiviti. Jika tekanan di tempat kerja berlebihan, ia boleh memberi kesan
negatif. Masalah peribadi dan keluarga akan merumitkan lagi kesihatan mental
pekerja.Jadi kita haruslah mengetahui punca terjadinya stressdan cara untuk
menangani stress.
PUNCA-PUNCA STRESS DI TEMPAT KERJA
Jenis Pekerjaan
Suasan tempat kerja,
tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja.
Peranan dan Fungsi Pekerjaan
Kerja dan peranan yang
sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang merbahaya
Perhubungan
Konflik sesama rakan
sekerja dan majikan atau keluarga.
Kerjaya
Kurang insentif dan
penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja, dinaikkan/diturunkan
pangkat, hilang pekerjaan.
Perubahan Dalam Organisasi
Perubahan dalam struktur
dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekanan
kepada pekerja
LANGKAH UNTUK MENANGANI STRESS DI TEMPAT KERJA
Tingkatkan sokongan sosial di tempat kerja
§ Menjalinkan pertalian persahabatan sesama rakan
sekerja dan majikan.
§ Berkongsi masalah dengan mereka yang boleh
dipercayai
Praktikan pemikiran yang rasional dan positif
Pemikiran, kepercayaan
atau perasaan yang negatif atau tidak rasional kerap kali menyebabkan salah
faham. Sekiranya ini berlaku;
§ Jangan biarkan salah faham menjejaskan perasaan dan
tindakan anda
§ Pastikan tafsiran anda tentag sesuatu situasi
sepadan dengan fakta
§ Gantikan pemikiran yang tidak rasional dan negatif
dengan keterangan yang lebih munasabah
Berkomunikasi secara berkesan
§ Jadilah pendengar yang baik
§ Berkomunikasi secara agresif
§ Luahkan pendapat anda secara jelas, tepat dan tegas
§ Hormati pandangan orang lain
§ Gunakan fakta, bukannye mengikut perasaan
Tangani kritikan dengan baik
§ Apabila anda dikritik : bertenang, tentukan apa
yang anda boleh percaya
§ Sekiranya kritikan itu benar : terima, ambil
langkah sewajarnya
§ Sekiranya kritikan itu tidak benar: dpatkan lebih
maklumat, betulkan tanggapan yang salah itu!
Tangani kemarahan secara berkesan
Tiga langkah yang
penting:
1. Berhenti : akui
bahawa anda sedang marah dan cuba bertenang
2. Berfikir : rancang
fikiran anda
3. Bertindak : gunakan
daya tindak yang berkesan
Atasi masalah dengan berkesan
Jika anda menganggap sesuatu itu boleh diubah, gunakan teknik IDEAL
· I: Identify the Problem ( Kenal pasti masalah )
· D: Describe Possible Option ( Huraikan pilihan yang ada )
· E: Evaluate Pros and Cons ( Nilaikan akibat setiap pilihan, kelebihan dan kelemahan )
· A: Act Based On The Best Possible Action ( Bertindak berdasarkan pilihan yang paling baik )
· L: Learn ( Belajar dan semak semula )
· D: Describe Possible Option ( Huraikan pilihan yang ada )
· E: Evaluate Pros and Cons ( Nilaikan akibat setiap pilihan, kelebihan dan kelemahan )
· A: Act Based On The Best Possible Action ( Bertindak berdasarkan pilihan yang paling baik )
· L: Learn ( Belajar dan semak semula )
Jika anda menganggap
sesuatu situasi itu tidak boleh diubah, kendalikan emosi anda secara positif
dengan berkongsi perasaan dengan orang yang dipercayai, berdoa dan lain-lain.
Praktikkan pengurusan masa yang berkesan
§ Akuilah anda hanya ada 24 jam sehari
§ Senaraikan tuga-tugas anda dan utamakan mengikut
kepentingan dan keperluan
§ Delegasikan tugas anda secara berkesan
Amalkan cara hidup sihat
§ Bersenam selalu
§ Makan secara sihat
§ Tidak Merokok
§ Luangkan masa untuk beriadah dan berekreasi
§ Belajar teknik relaksasi (muzik, dan lain-lain)
0 comments:
Post a Comment