Thursday 9 February 2012

Peristiwa : Tsunami


26 Disember 2004, detik yang menjadi igauan ngeri kepada mangsa tsunami. Mana tidaknya, dalam sekelip mata mereka kehilangan sanak saudara tanpa diberi isyarat sedikit pun. Kejadian yang dianggarkan meragut puluhan ribu mangsa di Acheh itu merupakan malapetaka yang paling dahsyat..Negara kita juga turut terkena tempiasnya yang mana salah satu negeri yang teruk terjejas adalah Pulau Pinang dan Kuala Muda(Kedah).Ketika itu aku berada di Pulau Pinang iaitu di rumah salah seorang pak cik aku. Petang itu , sseluruh taman kawasan perumahan pak cik aku kecoh kononnya ada gegaran yang berlaku. Aku fikirkan Cuma aku seorang sahaja yang merasai gegaran itu. Waktu tu aku berada di dalam tandas(mandi).Waktu aku nak mengambil sabun , secara tetiba aku merasa kepala aku solah-olah bergegar. Aku pelik kerana tetiba merasa pening. Selesai mandi , barulah aku tahu punca yang sebenarnya. Mak cik aku yang paling kecoh waktu tu. Kejadian berlarutan sampai waktu malam sehinggakan kopi yang diminum pak cik aku bergegar-geras atas meja.
Aku fikir kejadian sebegitu berakhir setakat itu sahaja , tetapi pada keesokkan paginya aku yang sedang nyenyak tidur tedengar bunyi kecoh di perkarangan padang yang berada di hadapan rumah pak cik aku. Aku pun buka tingkap untuk melihat apa sebenarnya yang telah berlaku. Ramai orang berkumpul seolah-olah ada pertunjukkan laga ayam . Aku pun terus cuvi muka dan keluar bertanya pak cik aku apa sebenarnya yang berlaku. Pak cik aku kata , gegaran berlaku lagi lebih teruk pada semalam , peliknya aku boleh tidur dengan nyenyak . Setelah pihak berkuasa memastikan semua keadaan berada dalam keadaan selamat , kami pun masuk ke dalam rumah . Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkan .
Tepat jam 2 petang , pak cik aku mendapat panggilan daripada opah aku yang tinggal di Batu Feringghi. Opah aku tinggal betul-betul di tepi pantai kerana tok wan aku membuka perniagaan menyewa kayak kepada pengunjung yang bercuti dan tinggal di hotel berhampiran. Pak cik aku kelihatan cemas dan menyuruh kami bersiap-siap dengan segera. Aku ada bertanya pada pak cik , apa sebenarnya yang berlaku . Pak cik aku kata dia sendiri tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh opah aku kerana suaranya agak cemas dan terngucap-ngucap. Di persimpangan Batu Feringghi iaitu 500m sebelum sampai dirumah opah aku , kelihatan berderetan kereta tersadai. Aku , pak cik , mak cik dan seorang sepupu aku merasa hairan lalu pak cik aku turun dari kereta dan bertanyakan kepada orang yang berada berhampiran tentang apa sebenarnya yang berlaku . Orang tersebut memberitahu bahawa jalan tertutup dek lumpur dan kereta tak boleh masuk kerana ada kejadian ombak besar berlaku di hadapan . Kami semua terkejut dan amat kaget. Kereta ditinggalkan ditepi dan kami berjalan menyusuri lumpur. Semakin berjalan semakin dalam lumpur hingga ke paras lutut.
Sampai di rumah opah , kami amat terkejut kerana rumah opah aku terbalik dan hancur . Ramai orang di tepi pantai . Banyak mayat yang ditutup dengan plastic hitam. Pihak berkuasa dilihat mencari mangsa di dalam lumpur dan di tengah laut. Opah aku kelihat bersedih di hadapan rumahnya yang terbalik itu bersama-sama tok wan aku. Opah aku kata ada ombak besar yang telah pukul rumah mereka dan orang-orang yang sedang berkayak dan berada di pesisiran pantai ramai yang terkena . Kami bersyukur opah dan tok wan aku selamat. Rupa-rupanya ketika kejadian mereka berada di atas tebih jalan kerana baru pulang dari makan tengah hari. Terkejut melihat ombak besar mereka tidak jadi turun ke bawah dan berhenti di tangga di tebing jalan . Kata opah kejadian itu berlaku dengan pantas sekali. Mereka tidak sempat menyelamatkan apa-apa melainkan diri masing-masing.
Selesai pencarian danurusan yang sepatutnya opah aku tinggal di rumah pak cik aku buat sementara. Pada malam hari, kami berehat sambil melihat berita untuk mengetahui lebih lanjut tentang kejadian barulah kami tahu kejadian yang berlaku adalah di sebabkan kejadian gempa bumi yang berlaku di Acheh dan waktu itu baru lah kami tahu ombak tersebut adalah Tsunami. Kejadian tersebut merupakan satu peristiwa yang tidak dapat aku lupakan sehingga kini. Walaubagaimanapun , ucapan takziah diberikan kepada keluarga mangsa yang telah meninggal dumia atau tidah di temui.


"Thanks for reading this post ;)"

0 comments: