Thursday 9 February 2012

Petua : Tangani Stress !!


Assalammualaikum.



Rata-rata golongan pekerja daripada kita mempunyai tekanan di tempat kerja. Suasana tempat kerja yang selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja. Suasana tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental.



Tekanan kerja yang sedikit adalah perlu untuk meningkatkan daya produktiviti. Jika tekanan di tempat kerja berlebihan, ia boleh memberi kesan negatif. Masalah peribadi dan keluarga akan merumitkan lagi kesihatan mental pekerja.Jadi kita haruslah mengetahui punca terjadinya stressdan cara untuk menangani stress.

PUNCA-PUNCA STRESS DI TEMPAT KERJA

Jenis Pekerjaan
Suasan tempat kerja, tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja.

Peranan dan Fungsi Pekerjaan
Kerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang merbahaya

Perhubungan
Konflik sesama rakan sekerja dan majikan atau keluarga.
Kerjaya
Kurang insentif dan penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja, dinaikkan/diturunkan pangkat, hilang pekerjaan.

Perubahan Dalam Organisasi
Perubahan dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekanan kepada pekerja

LANGKAH UNTUK MENANGANI STRESS DI TEMPAT KERJA


Tingkatkan sokongan sosial di tempat kerja
§  Menjalinkan pertalian persahabatan sesama rakan sekerja dan majikan.
§  Berkongsi masalah dengan mereka yang boleh dipercayai

Praktikan pemikiran yang rasional dan positif
Pemikiran, kepercayaan atau perasaan yang negatif atau tidak rasional kerap kali menyebabkan salah faham. Sekiranya ini berlaku;
§  Jangan biarkan salah faham menjejaskan perasaan dan tindakan anda
§  Pastikan tafsiran anda tentag sesuatu situasi sepadan dengan fakta
§  Gantikan pemikiran yang tidak rasional dan negatif dengan keterangan yang lebih munasabah

Berkomunikasi secara berkesan
§  Jadilah pendengar yang baik
§  Berkomunikasi secara agresif
§  Luahkan pendapat anda secara jelas, tepat dan tegas
§  Hormati pandangan orang lain
§  Gunakan fakta, bukannye mengikut perasaan

Tangani kritikan dengan baik
§  Apabila anda dikritik : bertenang, tentukan apa yang anda boleh percaya
§  Sekiranya kritikan itu benar : terima, ambil langkah sewajarnya
§  Sekiranya kritikan itu tidak benar: dpatkan lebih maklumat, betulkan tanggapan yang salah itu!

Tangani kemarahan secara berkesan
Tiga langkah yang penting:
1.    Berhenti : akui bahawa anda sedang marah dan cuba bertenang
2.    Berfikir : rancang fikiran anda
3.    Bertindak : gunakan daya tindak yang berkesan

Atasi masalah dengan berkesan
Jika anda menganggap sesuatu itu boleh diubah, gunakan teknik IDEAL
· I: Identify the Problem ( Kenal pasti masalah )
· D: Describe Possible Option ( Huraikan pilihan yang ada )
· E: Evaluate Pros and Cons ( Nilaikan akibat setiap pilihan, kelebihan dan kelemahan )
· A: Act Based On The Best Possible Action ( Bertindak berdasarkan pilihan yang paling baik )
· L: Learn ( Belajar dan semak semula )
Jika anda menganggap sesuatu situasi itu tidak boleh diubah, kendalikan emosi anda secara positif dengan berkongsi perasaan dengan orang yang dipercayai, berdoa dan lain-lain.

Praktikkan pengurusan masa yang berkesan
§  Akuilah anda hanya ada 24 jam sehari
§  Senaraikan tuga-tugas anda dan utamakan mengikut kepentingan dan keperluan
§  Delegasikan tugas anda secara berkesan

Amalkan cara hidup sihat
§  Bersenam selalu
§  Makan secara sihat
§  Tidak Merokok
§  Luangkan masa untuk beriadah dan berekreasi
§  Belajar teknik relaksasi (muzik, dan lain-lain)



"Thanks for reading this post ;)"

Baucer Buku 1 Malaysia

Assalammualaikum

Setiap perkara mempunyai kebaikan dan keburukannya. Kebaikannya dipraktikkan manakala keburukannya ditinggalkan atau diperbaiki. Jadi, sama-samalah kita menggunakan BB1M (Baucar Buku 1Malaysia) sebaik mungkin agar kebaikannya dapat memberi manfaat kepada kita. 

Kebaikan :
1.    Membantu pelajar untuk membeli buku-buku ilmiah.
2.    Memupuk sikap membaca dalam kalangan pelajar.
3.    Menjimatkan perbelanjaan pelajar untuk membeli keperluan pengajian seperti buku-buku dan peralatan tulis.
4.    Meningkatkan penjualan buku oleh syarikat-syarikat buku.
5.    Pelajar tidak dapat menyalahgunakan duit yang diberikan dengan membeli barang-barang bukan keperluan pembelajaran.
6.    Semua mahasiswa berhak menerima baucar (tiada diskriminasi).
7.    Pelajar dapat membeli dan membaca bahan bacaan ilmiah sampingan iaitu buku-buku ilmiah selain buku untuk pengajian.
8.    Membuka minda dan menambah pengetahuan pelajar mengenai kehidupan serta bukan hanya tertumpu kepada silibus pengajian

Keburukan :
1.    Tempoh penggunaan baucar yang terlalu terhad iaitu 3 bulan sahaja.
2.    Pelajar yang sedang bercuti atau yang telah membeli barang keperluan lebih awal terpaksa membeli buku bacaan tambahan dengan kuantiti yang banyak.
3.    Baki baucar tidak boleh dituntut dan dianggap luput.
4.    Pelajar berlumba-lumba untuk menghabiskan baucar menyebabkan banyak barang yang diperlukan kehabisan stok dan terpaksa bersesak-sesak di kedai buku.
5.    Sekiranya jumlah harga barang yang dibeli melebihi jumlah baucar, pelajar terpaksa menambah duit sendiri.
6.    Hanya mahasiswa yang menerima baucar setakat ini.
7.    Pemberian baucar secara tiba-tiba menyebabkan pelajar tidak dapat membuat perancangan perbelanjaan dengan baik.

 Namun,sejak dua tiga hari ini , banyak yang menyebut tentang isu Baucer Buku 1 Malaysia ini. Di mana baucer ini diberi kepada pelajar IPT untuk membeli buku di kedai yang telah ditetapkan. Baucer ini diberi dalam bentuk RM50 untuk setiap baucer dan setiap pelajar akan menerima sebanyak 4 keping bersamaan dengan RM200.Namun ada segelintir pelajar telah menyalahgunakan baucer tersebut dengan menjualnya pada harga yang rendah untuk mendapatkan wang tunai. Sebagai contoh ada pelajar yang menjualnya di Mudah.My.Saya rasa bukan segelintir pelajar yang menjual baucer ini tapi boleh dikatakan ramai yang melakukanya. Di IPT tempat saya sekarang pun dapat dilihat hampir separuh pelajar menjual baucer mereka kepada orang lain dengan alasan wang tunai lebih penting daripada baucer.
  
Hendak menyalahkan mereka dalam hal ini pun tidak boleh, lagi pula sekarang IPT kebanyakkannya dah mengunakan e-learning untuk memberi nota-nota kepada pelajar, Perpustakaan pun dah padat dengan buku-buku terkini yang boleh dipinjam dan ada juga pelajar yang hanya membeli buku daripada pelajar-pelajar senior lepas dengan harga yang lebih murah daripada membelinya di kedai. Jadi, jika perkara sepertiini diberi dalam bentuk wang tunai rasanya lebih meringankan beban pelajar.Ditambah pula tempoh baucer tersebut yang hanya sah laku sehingga bulan 3 sahaja, pelbagai cara pelajar akan buat untuk baucer tersebut. Memang terbukti baucer ini tidak boleh ditukar hak milik. Tapi harus diingat, pelbagai alasan yang mereka boleh beri terhadapnya.antaranya buku yang hendak dibeli susah nak cari dikedai, terpaksa belinya dari kawan semester lepas.Oleh kerana itu, ramai pelajar lebih memerlukan wang tunai..

Mungkin ianya tidak diberikan dalam bentuk wang tunai disebabkan takut pelajar menggunakannya ke arah lebih beruk sebagai contoh membeli rokok dan sebagainya.Tetapi, kita harus lebih fikir secara positif berbanding negetifnya..Mungkin ada yang jual sebab dah beli buku sejak awal dan mendapat baucer agak lewat.Tapi tindakan menjual di Mudah.my ni, sesuatu yang agak tidak bersyukur dengan nikmat yang telah diberi.







"Thanks for reading this post ;)"

Peristiwa : Tsunami


26 Disember 2004, detik yang menjadi igauan ngeri kepada mangsa tsunami. Mana tidaknya, dalam sekelip mata mereka kehilangan sanak saudara tanpa diberi isyarat sedikit pun. Kejadian yang dianggarkan meragut puluhan ribu mangsa di Acheh itu merupakan malapetaka yang paling dahsyat..Negara kita juga turut terkena tempiasnya yang mana salah satu negeri yang teruk terjejas adalah Pulau Pinang dan Kuala Muda(Kedah).Ketika itu aku berada di Pulau Pinang iaitu di rumah salah seorang pak cik aku. Petang itu , sseluruh taman kawasan perumahan pak cik aku kecoh kononnya ada gegaran yang berlaku. Aku fikirkan Cuma aku seorang sahaja yang merasai gegaran itu. Waktu tu aku berada di dalam tandas(mandi).Waktu aku nak mengambil sabun , secara tetiba aku merasa kepala aku solah-olah bergegar. Aku pelik kerana tetiba merasa pening. Selesai mandi , barulah aku tahu punca yang sebenarnya. Mak cik aku yang paling kecoh waktu tu. Kejadian berlarutan sampai waktu malam sehinggakan kopi yang diminum pak cik aku bergegar-geras atas meja.
Aku fikir kejadian sebegitu berakhir setakat itu sahaja , tetapi pada keesokkan paginya aku yang sedang nyenyak tidur tedengar bunyi kecoh di perkarangan padang yang berada di hadapan rumah pak cik aku. Aku pun buka tingkap untuk melihat apa sebenarnya yang telah berlaku. Ramai orang berkumpul seolah-olah ada pertunjukkan laga ayam . Aku pun terus cuvi muka dan keluar bertanya pak cik aku apa sebenarnya yang berlaku. Pak cik aku kata , gegaran berlaku lagi lebih teruk pada semalam , peliknya aku boleh tidur dengan nyenyak . Setelah pihak berkuasa memastikan semua keadaan berada dalam keadaan selamat , kami pun masuk ke dalam rumah . Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa dilaporkan .
Tepat jam 2 petang , pak cik aku mendapat panggilan daripada opah aku yang tinggal di Batu Feringghi. Opah aku tinggal betul-betul di tepi pantai kerana tok wan aku membuka perniagaan menyewa kayak kepada pengunjung yang bercuti dan tinggal di hotel berhampiran. Pak cik aku kelihatan cemas dan menyuruh kami bersiap-siap dengan segera. Aku ada bertanya pada pak cik , apa sebenarnya yang berlaku . Pak cik aku kata dia sendiri tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh opah aku kerana suaranya agak cemas dan terngucap-ngucap. Di persimpangan Batu Feringghi iaitu 500m sebelum sampai dirumah opah aku , kelihatan berderetan kereta tersadai. Aku , pak cik , mak cik dan seorang sepupu aku merasa hairan lalu pak cik aku turun dari kereta dan bertanyakan kepada orang yang berada berhampiran tentang apa sebenarnya yang berlaku . Orang tersebut memberitahu bahawa jalan tertutup dek lumpur dan kereta tak boleh masuk kerana ada kejadian ombak besar berlaku di hadapan . Kami semua terkejut dan amat kaget. Kereta ditinggalkan ditepi dan kami berjalan menyusuri lumpur. Semakin berjalan semakin dalam lumpur hingga ke paras lutut.
Sampai di rumah opah , kami amat terkejut kerana rumah opah aku terbalik dan hancur . Ramai orang di tepi pantai . Banyak mayat yang ditutup dengan plastic hitam. Pihak berkuasa dilihat mencari mangsa di dalam lumpur dan di tengah laut. Opah aku kelihat bersedih di hadapan rumahnya yang terbalik itu bersama-sama tok wan aku. Opah aku kata ada ombak besar yang telah pukul rumah mereka dan orang-orang yang sedang berkayak dan berada di pesisiran pantai ramai yang terkena . Kami bersyukur opah dan tok wan aku selamat. Rupa-rupanya ketika kejadian mereka berada di atas tebih jalan kerana baru pulang dari makan tengah hari. Terkejut melihat ombak besar mereka tidak jadi turun ke bawah dan berhenti di tangga di tebing jalan . Kata opah kejadian itu berlaku dengan pantas sekali. Mereka tidak sempat menyelamatkan apa-apa melainkan diri masing-masing.
Selesai pencarian danurusan yang sepatutnya opah aku tinggal di rumah pak cik aku buat sementara. Pada malam hari, kami berehat sambil melihat berita untuk mengetahui lebih lanjut tentang kejadian barulah kami tahu kejadian yang berlaku adalah di sebabkan kejadian gempa bumi yang berlaku di Acheh dan waktu itu baru lah kami tahu ombak tersebut adalah Tsunami. Kejadian tersebut merupakan satu peristiwa yang tidak dapat aku lupakan sehingga kini. Walaubagaimanapun , ucapan takziah diberikan kepada keluarga mangsa yang telah meninggal dumia atau tidah di temui.


"Thanks for reading this post ;)"

Pengembaraan : Gunung Berembun

Assalammualaikum


PENGEMBARAAN ke Gunung Berembun membawa pengalaman menakjubkan buat mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia kembara.Mana tidaknya, diri terpegun apabila melihat betapa indahnya air terjun, landskap sungai yang teratur rapi, kawasan pokok bonsai yang tumbuh liar, kepelbagaian hidupan dan tumbuh-tumbuhan serta laluan yang mencabar, semuanya membuatkan pengembaraan kami bertambah manis.Terletak di Dungun, Terengganu, Gunung Berembun yang mempunyai ketinggian 2077 meter (6,817 kaki), terkenal dengan pemandangan air terjun yang memukau pandangan sesiapa. Gunung ini amat sesuai untuk pencinta alam yang ghairah melihat keindahan alam.Menariknya, terdapat tujuh kolam di Puncak Lansir dipercayai mengikut cerita mitos dimiliki oleh Puteri Ulik Mayang pada zaman dahulu kala. Atas dasar tersebut, kawasan ini menjadi pilihan untuk ahli Kelab Kembara Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyiur mengadakan satu program reakrasi yang disertai lebih 40 orang.Pendakian ke Gunung Berembun bukan mudah kerana ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang kuat untuk mengharungi kesukaran untuk sampai ke destinasi.Namun berkat kesungguhan dan sokongan daripada semua peserta, kami berjaya mengharungi pengembaraan ini dan ternyata pengalaman selama dua hari cukup memberi makna kepada kami dalam membuka minda terhadap kekuasaan pencipta-Nya.Meniti perjalanan ke Hutan Lipur Chemerung, ketibaan kami di Kampung Pasir Raja, Dungun disambut kabus tebal yang menutup pemandangan.Kesejukan embun pagi yang menyelubungi seluruh tubuh membatalkan hasrat kami untuk berhenti sejenak bagi menikmati pemandangan berkabus.

Langkah keselamatan
Mengambil kira langkah keselamatan, setibanya di pos polis bantuan pada pukul 5.15 pagi, kami menyerahkan surat permohonan untuk memasuki hutan bagi memaklumkan pada pihak polis bahawa kumpulan kami ingin mendaki Gunung Berembun.Ini bertujuan supaya seandainya kumpulan kami tidak turun seperti yang ditetapkan, mudah bagi pihak polis menghantar bantuan.Sebelum memulakan pengembaraan, semua anggota kumpulan dikehendaki melakukan senaman pagi untuk mengelak berlakunya kekejangan otot semasa mendaki diikuti dengan sarapan nasi himpit dengan kuah kacang bersama teh ‘o’.Ini diikuti dengan taklimat mengenai langkah-langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas pengembaraan serta peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi.Peserta dan ahli jawatankuasa kembara dibahagikan kepada lima kumpulan yang setiap kumpulan dianggotai lapan orang.
Peluang melihat matahari terbenam adalah kemuncak kepada kembara Gunung Berembun.

Dengan berbekalkan doa supaya pergembaraan diberkati dan dirahmati kami memulakan perjalanan. Setelah hampir sejam menyusuri denai, langkah kami tiba di Air Terjun Chemerung.Pujian terhadap pencipta-Nya tidak putus dari mulut kami sambil menikmati keindahan panorama di kawasan itu sementara menunggu kumpulan seterusnya tiba.Kami juga tidak melepaskan peluang mengambil gambar untuk diabadikan sebagai kenangan. Puas menjamu mata dan melepaskan lelah, kami merentasi sungai untuk menuju ke destinasi seterusnya. Lebih asyik apabila pengembaraan kami ditemani alunan sungai dan kicauan burung yang seolah-olah menyambut kedatangan kami.
Cabaran ekspedisi mula terasa dalam perjalanan menuju ke Kem Balak kerana laluan yang perlu ditempuhi mencanak dan kadang-kala agak landai. Peserta sentiasa diingatkan supaya lebih berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kemalangan.Sungguhpun laluan yang ditempuh tidak sekata, menurut jurupandu kami itu bukanlah cabaran besar kerana yang lebih getir sedang menunggu bila ekspedisi diteruskan untuk menuju ke Kem Air Terjun Lansir.Pun begitu, ia tidak sedikit pun melemahkan semangat kami dan akhirnya kami semua berjaya menawan puncak Gunung Berembun dengan selamat tanpa sebarang kecederaan serius.

Kejernihan air sungai yang menyejukkan pandangan mata.


Hari terakhir
Perjalanan pulang pada hari terakhir membawa kami menyusuri laluan naik turun serta terdapat juga pendakian. Tetapi boleh dikatakan laluan menurun lebih banyak jika dibandingkan menaik ataupun mendaki.Pengembaraan ke Air Terjun Chemerung diteruskan setelah berhenti berehat seketika di check point sebelumnya. Tepat pukul 5.15 petang kami tiba di Air Terjun Chemerung untuk makan dan menunaikan solat.Setelah selesai, pengembaraan diteruskan untuk keluar dari kawasan hutan. Kumpulan pertama tiba tepat jam 7.30 dan para peserta diarah bersiap dan berkemas-kemas sementara menunggu kumpulan kedua tiba.Sepanjang kembara, selain menimba pelbagai pengalaman menarik, program ini boleh dianggap berjaya sebagai platfom mahasiswa untuk berorganisasi, mengasah bakat kepimpinan, menguji ketahanan mental dan fizikal dan mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.Setiap detik, setiap langkah dan setiap jalinan kerjasama yang ditonjolkan itulah semangat kembara!





"Thanks for reading this post ;)"

Artikel : Hargai Jasa Ibu & Bapa

Assalammualaikum


 Setiap tahun kita akan menyambut Hari Ibu dan Hari Bapa. Ini kerana , banyak sumbangan yang telah diberikan daripada mereka yang bernama ibu dan bapa. Sempena sambutan itu , kita kerap mendengar di radio dan TV ucapan selamat untuk ibu dan bapa mereka dari anak yang sangat prihatin. Pelbagai jenis perkataan mendatar dan penuh simbolik sarat dengan perasaan dan air mata. Namun , menghargai ibu bapa bukan hanya sekadar dengan perkataan sekali setahun tetapi tindakan dan perbuatan selaras dengan ungkapan :

" Gembirakan mereka bukan sekadar ucapan sekali  setahun ketika sambutan hari tertentu "

Sebagai seorang anak , mestilah mendengar naihat ibu bapa ke arah kebaikan dunia dan akhirat. Kita juga tidak boleh bercakap kasar dan meninggikan suara pada ibu bapa. Kita juga haruslah sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa sekurang-kurangnya sebanyak lima kali setiap kali menunaikan solat fardhu. Selain itu , Kita haruslah menjaga kebajikan mereka seperti makan minum dan kesihatan. Ibu bapa kita sepatutnya diberi belanja bulanan mengikut kemampuan kita apatah lagi jika mereka miskin. Bagi ibu bapa yang mampu , pemberian itu dianggap satu penghargaan. 

Janganlah sesekali kita bersikap keras kepala , kurang ajar dan menengking ibu bapa kita . Gunakan bahasa yang sopan ketika bercakap dengan mereka walaupun untuk menegur kemungkaran. Janganlah kita meretakkan hubungan mesra dan kasih sayang kita dengan ibu bapa. Jika kita bersama pasangan di rumah atau di mana-mana berserta dengan ibu bapa , lebihkanlah ibu bapa. Andai ibu bapa sudah tua dan uzur, jagalah kesihatannya dan jangan sesekali menghantar mereka ke rumah orang-orang tua. Ini bagi mengelak perasaan dan jiwa ibu bapa tersisih atau dipinggirkan. Layanlah mereka yang tua dan uzur dengan tenang , sabar dan tabah. Gembirakan mereka dan berikan kebahgiaan kepada mereka kerana tiada yang lebih gembira melainkan anak-anak mereka sendiri.


Firman Allah ada menyatakan mengenai tanggungjawab dan kewajipan seorang anak terhadap ibu bapa yang bermaksud :

“Dan, Kami (Allah) mewajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusukannya) ; dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (oleh yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah juga tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Surah Luqman, ayat 14)

Daripada firman Allah ini , memperincikan bahawa beberapa perkara yang wajib disedari iaitu anak diwajibkan berbuat baik kepada ibu bapa dan manusia wajib bersyukur kepada Allah serta berterima kasih kepada mereka. Jika ibu bapa meninggal dunia , beberapa perkara kebaikan dan adab baik harus dilakukan terhadap mereka antaranya :

1. Berdoa dan beristigfar – memohon Allah kurniakan keampunan mereka supaya dimasukkan mereka ke dalam golongan orang yang soleh.
2. Menyempurnakan perjanjian, jika ibu bapa mengikut sebarang perjanjian dengan orang lain.
3. Memuliakan saudara dan sahabat handai si mati. Anak hendaklah menghormati dan memuliakan saudara dan sahabat handai si mati seperti yang dilakukan oleh ibu bapa ketika hayat mereka masih ada.
4. Menyambung silaturahim kepada orang lain yang tidak sempat disambung oleh si mati sebelum meninggal dunia.

Hanya orang yang mempunyai anak akan tahu betapa cintanya ibu dan bapa kepada anaknya. Mereka tidak pernah mengharapkan balasan daripada anaknya. Balasan untuk ibu bapa daripada anak adalah sentiasa melakukan amal ibadat dan bersopan santun dalam kehidupan seharian.

Hadis Rasullulah s.a.w ada menyebut: “ Apabila mati seseorang anak Adam, putuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, memanfaatkan ilmu yang diambil orang dan anak soleh yang mendoakan ibu bapanya.”

Banyak kata-kata mengenai anak dan ibu bapa antaranya:
"Anak yang baik bukan lahir daripada ibu bapa yang tidak mngenal orang tunaya . Anak adalah gambaran ibu bapanya. Orang tualah yang membentuk hitam dan putih peribadi seseorang anak itu seperti sehelai kain yang putih"

Penuhi Hak Ibu Bapa

Ingatlah , betapa besarnya kasih sayang ibu bapa kepada kita. Mereka memberi perhatian yang amat serius mengenai tempat tinggal, makan minum, pendidikan serta penjagaan kita pada setiap masa. Mereka sering bimbang ketika kita sakit hingga pekerjaan lain ditinggalkan demi merawat kita. Wang yang mereka cari dengan susah payah rela dikeluarkan tanpa berfikir panjang. Mereka bekerja keras siang malam demi memberi nafkah kepada kita. Dengan teringat jasa mereka, kita akan mengetahui kadar penderitaan pada waktu mereka membimbing diri kita hingga beranjak dewasa.

Allah telah berfirman bermaksud: ”Dan sembahlah Allah dan janganlah menyekutukan- Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang sombong dan membanggakan dirinya”.(Surah An Nisaa’ : Ayat 36)

Ayat di atas menunjukkan bahawa berbakti kepada ibu bapa menduduki peringkat kedua selepas mentauhidkan (mengesakan) Allah dalam beribadah. Sebab itu tidak mungkin terjadi bagi seorang yang mengaku bertauhid kepada Allah, tetapi ia derhaka kepada kedua-dua orang tuanya. Allah yang Mencipta dan Memberikan rezeki.
Maka Allah sahajalah berhak diibadahi. Ibu bapa adalah sebab adanya anak. Maka kedua-duanya berhak diperlakukan dengan baik. Oleh itu menjadi kewajipan bagi seorang anak untuk beribadah kepada Allah kemudian diiringi dengan berbakti kepada kedua-dua orang tuanya.
Andai kelak kita menjadi ibu bapa, tidaklah kita akan kecewa dan bersedih hati apabila anak kita berkata kasar kepada kita – ibu bapa yang membesarkannya. Lalu, apakah kita sampai hati melakukannya terhadap ibu bapa kita saat ini? Merekalah yang selalu berusaha meredakan tangis kita ketika kecil.

Ingatlah bahawa doa orang tua terutama ibu adalah doa mustajab. Maka janganlah sekali-kali menyakiti hati mereka meskipun kita dalam pihak yang benar. Sesungguhnya hak ibu bapa kita atas diri kita lebih besar dan berlipat ganda banyaknya sehingga apapun kita lakukan dan sebesar manapun penderitaan kita rasakan ketika kita membantu mereka, hal itu tidak akan dapat membalas jasanya.
Ketika Abdullah bin Umar melihat seseorang mengendong ibunya untuk tawaf di Kaabah dan kemana saja si ibu inginkan, orang itu bertanya: “Wahai Abdullah bin Umar, dengan perbuatanku ini apakah aku sudah membalas jasa ibuku?” Jawab Abdullah bin Umar: ”Belum, setitis pun engkau belum dapat membalas kebaikan kedua-dua orang tuamu.”
Tidakkah kita ingin diluaskan rezeki dan dipanjangkan umur oleh Allah? Sabda Rasullulah s.a.w: “Barang siapa yang suka diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menyambung tali siratulrahim.” (Hadis Riwayat: Bukhari, Muslim, Abu Dawud) sesungguhnya ibu bapa keluarga terdekat kita. Mereka mempunyai hak yang lebih untuk kita dahulukan dalam masalah siltulrahim.

Mereka selalu berada di sisi kita baik ketika bahagia mahupun duka, berkorban dan selalu menolong kita lebih daripada teman kita. Lalu masih enggankah kita membalas segala pengorbanan mereka? Berbuat baik kepada ibu bapa adalah keharusan, bahkan harus didahulukan daripada fardu kifayah serta amalan sunnah lainnya-didahulukan daripada jihad dan hijrah di jalan Allah. Pun harus didahulukan daripada berbuat baik kepada isteri dan anak.
Taatilah mereka dan janganlah kita menentang kedua-duanya sedikit pun kecuali apabila mereka memerintah kita supaya berbuat maksiat. Rasullulah bersabda bermaksud : “Tidak ada ketaatan bagi makhluk apabila pada saat yang sama bermaksiat kepada Sang Pencipta.”

Firman Alah bermaksud: “Dan kami perintahkan kepada manusia (nerbuat baik) kepada orang tuanya; ibunya mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyusunya kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada-Ku tempat kembalimu. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuannya mengenai itu, maka janganlah kamu mentaati keduanya dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku beritahukan kepadamu apa yang kamu kerjakan.”(Surah Luqman:14-15)

Ingatlah bahawa seburuk manapun ibu bapa kita, kita tetap tidak akan membalas semua jasa mereka. Yang perlu kita lakukan hanyalah tidak mentaati ibu bapa ketika mereka menyuruh kita untuk bermaksiat. Tidakkah kita ingin menikmati kebenaran dan keindahan Islam bersama mereka? Tidakkah kita inginkan kebaikan dan keselamatan bagi mereka sebagaimana mereka selalu ingin kebaikan dan keselamatan bagi kita? Tidakkah kita ingin agar Allah mempertemukan kita di jannah-Nya.
Justeru, bersabarlah dalam membimbing dan berdakwah pada mereka sebagaimana mereka selalu sabar dalam membimbing dan mengajar kita dahulu. Ingatlah bahawa satu doa mustajab adalah doa daripada seorang anak yang soleh untuk orang tuanya.
Sabda Rasullulah bermaksud: “ Apabila manusia mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan orang tuanya.” Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah pasti mengangkat darjat bagi hamba-Nya yang boleh ke syurga.” Maka ia bertanya: “Ya Allah, bagaimana itu boleh terjadi? Allah menjawab: “Berkat istigfar anakmu untukmu.”
Diriwayatkan daripada Umar bin Khattab berkata: “Aku mendengar Rasulullah bersabda:”Kelak akan dating kepada kamu sekalian seorang bernama Uwais bin Amir, anak muda yang belum tumbuh janggutnya, keturunan Yaman dari kabilah Qarn. Pada tubuhnya terkena penyakit kusta, namun penyakit itu sembuh daripadanya kecuali tersisa seukuran wang dirham. Dia mempunyai ibu yang yang dia sangat berbakti kepadanya. Apabila dia berdoa kepada Allah nescaya dikabulkan, maka jika engkau bertemu dengannya dan memungkinkan minta padanya memohonkan ampun untukmu maka lakukanlah.”

Menyedari hakikat ini, janganlah kita enggan untuk berdoa demi kebaikan orang tua kita. Sekeras apapun usaha kita lakukan, apabila Allah tidak berkehendak, nescaya tidak akan terjadi. Hanya Allah lah yang mampu memneri petunjuk dan membukakan pintu hati kedua orang tua kita. Mintalah pada-Nya kerana tidak ada yang tidak mungkin bagi-Nya. Bermohonlah terus pada-Nya dan janganlah bosan meskipun kita tidak tahu bila doa kita akan dikabulkan.
Seandainya Allah tidak berkehendak untuk memberi mereka petunjuk hingga ajal menjemput mereka, ingatlah bahawa Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya. Janganlah berhenti berdoa kerana sesungguhnya doa anak soleh untuk ibu bapanya tidaklah terputus amalannya meskipun mereka sudah meninggal. Semoga Allah menyelamatkan kita dan keluarga kita daripada api neraka serta mengumpulkan kita dalam jannha-Nya.





"Thanks for reading this post ;)"